Friday, 17 July 2020

CARA TANAM MOSTERA ANDASONII (TEKNIK DAN CARA CK)

CARA TANAM MOSTERA ANDASONII (TEKNIK DAN CARA CK)

 Teknik Tanaman Untuk Pasu Hiasan Meja cara CK
 Teknik Tanaman Untuk Pasu Gantung( hanging)/ meribum gantung cara CK

Hai saya ck [cikgu kebun] ck akan huraikan Teknik Tanaman  Mostera andasonii Untuk Pasu Hiasan Meja, seperti di dalam gambar di atas. Ini adalah perkongsian pengalaman dan teknik ck. Sebagai satu perkongsian ilmu untuk kawan2…maaf ck baru sempat buat simple ebook ini semoga bermanfaat ya…

1. Teknik sebelum beli anak pokok mostera andasonii
Masa nk beli pokok mostera andasonii ni , kita kena tahu apa konsep kita nk buat utk tanam pokok ni, mcm ck target beli pokok ni untuk buat hiasan meja santai ck di ruang dalam rumah. Bila sampai ke nursery cari pokok mostera andasonii yang sama saiz 2 pokok dan 1 pokok besar sikit dari yang 2 pokok lagi tu…so kena beli minimum 3 pokok..bergantung pada pasu, kalau pasu besar kena beli 5-7 pokok. Ingat mst 1-2 pokok kena besar sikit dari yg lain.

2. Teknik pemilihan pasu
Untuk nk pilih pasu ni, jika kita nk hiaskan meja santai mstlah pilih yang cantik, so mcm ck …ck pilih pasu jenis seramik….mmg seram kalau tengok harga dia…hehe…pasu seramik ni ck beli warna putih sebab nk ikut konsep deco inggeris garden la sgt..hee…saiz pasu tengok saiz meja la..jangan la besar…penuh meja nnti dgn pasu..hehe…agak2 kalau letak tengah meja tu nmpk cantik.

3. Teknik Pemilihan Tanah
Untuk tanah ni, ck buat sendiri sebab kita tahu apa bahan yang akan kita masukkan dalam tu…untuk bagi pokok subur cepat mst la ada rahsia tanah kita, kalau beli tanah dekat nursery dia hanya letak tanah “general purpose”. So ck ajar rahsia tanah ni, caranya sabut kelapa(cocopeat), sekam bakar, tanah hitam, pasir dan baja organik mineral yg ni ck guna baja BWO(baja wangi organik). So campurkan nisbah sabut 2 bekas,sekam bakar 1 bekas,tanah hitam 1 bekas,pasir 1 bekas akhir sekali tabur baja BW tu 3 Scoop yg dah di sediakan tu. So gaul la sampai sebati…ready boleh guna utk semua pokok nanti. ok

4. Teknik Tanam 
Selepas semua di atas siap , kita nk tanam lah..ambil pokok yg tinggi dlu utk kita tanam di tengah2 pasu. So isi tanah dalam pasu separuh pasu, letak pokok yg paling tinggi di tengah2,lepastu 2 lagi tu tanam di kanan kiri pokok yg tinggi tadi..rapatkan pokok tu bagi dia nmpak serumpun, jgn risau kalau tanah2 keliling pokok tu terkeluar sikit2…jnji jgn akar tercabut sudah la..hehe..buat hati2…mcm ck, ck potong tanah tu..tp yg ni kena pandai potong kang semua akar hilang…hehe…tengok la gambar ck dalam post ni, mcm mana kedudukan pokok2 tu, itu yg jadi serumpun. Tips level tanah nk tanam tu jgn ke dalam sgt , biar tanah asal pokok tu sama paras bibir pasu.Ok faham nohhhhh….hee

5. Teknik Pencahayaan
Ok…ini bergantung pada rumah kita, mcm rumah ck…bumbung rumah ck tukar transperant, so cahaya matahari akan masuk pada ruang santai ck…so pukul 11-1 ptg tu mmg ada cahaya terus yg panas sekejab..lepastu cahaya cerah biasa, so korang pun kena letak bagi pokok ni kena cahaya yg cukup..tips paling bagus kena cahaya pagi. Tp ingat bukan cahaya terus( direct) sepanjang hari..mmg terbakar la nnti. Cahaya sgt penting utk cepatkan proses pokok kita besar walupun dlm masa yg singkat, sebab dengan cahaya pokok kita akan buat makanan(proses makanan dia) proses Fotosintesis iaitu proses penukaran cahaya matahari kepada tenaga biokimia. Haaah…dah mcm nk ajar subjek sains plak…hehe..tp korang mesti ingat cikgu2 dah ajar dlu..so study balik faktor cahaya ni.


6. Teknik Siraman
Untuk pokok indoor plant ni, tak perlu siram banyak, sehari sekali or seminggu 3 kali pun dah cukup, tapi caranya siram bagi lencun/basah habis…ck akan ambil bekas letak pokok tu dalam bekas , lepastu siram lencuh pastu biar sekejab tose kan air baru letak atas meja…boleh ja siram lencun atas meja tu..tp kang tanah terkeluar habis kotor….buat la ikut mudah korang..nk mandi dgn pokok pun boleh..hehe…tips siram bagi basah tanah sahaja tau…jgn siram semua ke daun, ada sesetengah pokok nanti dia tak tahan dan akan kena kulat.

7. Teknik Pembajaan
Untuk baja ni, ck gunakan baja yg di perbuat daripada batuan mineral,ekstrak tumbuhan dan kultur mikrob, lepastu baja ni TAK BUAT DARI NAJIS (taik)… Baja yg ck maksudkan tu ialah Baja Wangi Organik (BW) dia ada jenis tabur dan sembur. So kena guna kedua2 sebab fungsi penyerapan nutrient kita bagi pada pokok pada 2 keadaan berbeza satu kita bagi akar ambil baja (baja wangi serbuk) , satu lagi kita bagi daun ambil baja (baja wangi foliar).. So cukup kedua2 ni insya allah demok la sebab makanan cukup. Baja wangi serbuk juga ck guna untuk bancuh media tanah tadi. Baja ni baunya  wangi tau, so rasa selesa sangat masa tabur or sembur tu…tapi jgn buat perfium sudah la..haha…jadi ikut ja arahan cara guna baja tu…mudah plak tu sbb baja ni ready to use..

8. Teknik Pangkasan
Ck ajar la sikit teknik pangkas ni agar pokok korang nnti xlah nmpk serabut, ok bila pokok tu dah subur, pucuk baru sentiasa keluar, korang kena trim la daun2 bahagian bawah tu..agar nmpk bahangian atas rimbun, pastu trim ja daun yang dah Nampak kekuningan….jgn la tanya kenapa ya daun bawah saya ni kuning, kalau dah ckup ABC di atas (air ,baja, cahaya) so, itu tandanya daun tu dah tua kak…buang sahaja..trim bagi nmpk kemas…baru nk makan atas meja tu selera sikit…hehe…

9. Kawalan Serangga dan Kulat
Untuk kuatkan pokok dari kena penyakit dan kawal serangga, ck akan sembur 2 minggu sekali dengan Bio Control, walaupun pokok tu sihat.. sebab kita kena buat pencegahan awal, jgn dah kena kulat baru nk rawat, mmg susah sikit nk lega. Buruk la daun tu nnti…tak cantik la bila kita letak atas meja. Pilih produk yg organik tau…utk kawalan serangga dan kulat ni, bahaya la guna kimia dalam rumah/keliling rumah…

Okey itu ja perkongsian ck ini adalah cara cikgu kebun bagi Tanaman Mostera Andasonii untuk Pasu Hiasan Meja, mugkin ada lagi cara yang lagi bagus dari ck yang kawan2 boleh follow…

Nantikan Perkongsian CK  Cara tanam mostera andasonii  Teknik Tanaman Untuk Pasu Gantung
(hanging) pulak insya allah ck akan share di Page Cikgu Kebun Fun Page….jgn lupa like/follow…Terima kasih yang baca..tolong share pada kawan2 lain ya…
By 
Cikgu Kebun

0 comments: