Monday, 29 April 2019

Pokok Buah Tin (figs) Boleh Hidup Subur Di Malaysia

Pohon Buah Syurga Boleh Tanam Di MALAYSIA?????




Buah Tin, buah yang penuh barokah, wangi, rasanya lazat dan mengandungi berbagai khasiat untuk manusia dari segi perubatan dan kesihatan. Selain dari buah kurma, buah Tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan oleh Allah SWT di dalam Surah AT-Tin surah ke 95, di mana Allah telah berfirman ke atas buah Tin dan buah Zaitun.

            Tin atau Ara (Ficuscarica L.) adalah sejenis tumbuhan penghasil buah-buahan yang dapat dimakan ini tergolong dari tumbuhan jenis (Ficus) dari keluarga (Moraceae) yang menurut ahli botani jenisnya mencapai sekitar 700 jenis tersebar diseluruh pelusuk dunia. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.

            Nama "Tin" diambil dari bahasa Arab, juga dikenal dengan nama "Ara" (buah ara/ pohon ara) sedangkan dalam bahasa Inggeris disebut fig (common fig; "pohonaraumum"), sebenarnya masih termasuk kerabat pohon beringin dari genus yang sama, iaitu Ficus. Rasanya yang manis, berwarna kehijauan (buah tin muda) dan apabila matang warna kulit berubah menjadi ungu kehitaman mengikut Vareiti. Buah tin yang muda sering dijadikan sebagai sayur dalam masakan daging dan buah tin tua dan matang sangat lazat sebagai pencuci mulut, dijadikan jus, manisan kering dan lain-lain.

Ok..hai,saya ck cikgu kebun, hari ini ck nk kongsikan ilmu berkenaan buah yg hebat nie... dari segi kesihatan terdapat bnyk kajian , dan telah di akui buah hebat ini bnyk manfaatnya...tapi hari nie ck nk kongsikan kehebatan buah ini di Malaysia, di mana buah ini mampu di tuai seawal 4 bulan....Wooooow...sgt2 la cepat...tolong bgtau ck pokok buah apa yg mampu keluar hasil sepantas buah tin ini di Malaysia??...

Mcm xpercayakan, inilah yg ck nk kongsikan....selepas pokok tin di biak kn melalui 2 cara, sama ada keratan batang atau tut...anak pokok ini akan matang ambil masa dalam 2 bulan. selepas ini di kira hari pertama jika pokok ini di tanam di dalam pasu or atas tanah, dari hari di pindahkan pokok tin akan mula tumbuh akan ambil masa 1-2 minggu, seawal 45 hari pokok ini akan mula keluar putik buah or mata ketam( bonjolan bulat seumpama mata ketam). cepatkan tuan/puan dah boleh tengok buah ini, dari perkembangan ini utk besar dan masak bagi buah yg sulung mengambil masa 3 bulan. 

Bergantung pada suburnya pokok anda, dan teknik tanaman(sop) , jika ikutkan SOP ck buat seawal 150 hari buah akan mula masak dengan berperingkat...



Buah akan mula masak ikut step by step....buah pertama dan kedua akan mula nampak perubahan warna , dari hijau akan bertukar warna mengikut Vareiti...jika buah itu Vareiti merah seperti Masui Dauphine....


masa ni, mmg tngu nk ngap ja..hehe...mcm mana nk tahu buah ini masak dengan baik, petuanya anda pegang cuping telinga anda, mcm mana lembut cuping telinga anda, mcm tulah buah tin yg masak ranum, jgn picit kuat2...nnti lebam plak..hehe...sebab buah tin berkulit lembut....

Baby pun suka makan buah tin nie....jgn kata kita yg dewasa ni...
auni humaira makan buah hitam

boleh lihat ladang buah tin di Malaysia di Bawah Persatuan Figger Malaysia....



SOP secara High Value Farming ... Kemas dan Teratur, bagi pengeluaran buah yg banyak...






Besok CK dan Benefigs akan buat program perkongsian berkenaan buah syurga ini dan sayuran organik, jangan lepaskan perluang untuk belajar bersama... sila daftarkan nama anda di no yg tertera... 01137615756(jue) boleh juga walk in ja...jumpa besok..hehe


TERIMA KASIH

Like Page CK : CIKGU KEBUN FUN PAGE
IG / Twitter : Cikgu_Kebun
YouTube Channel : Cikgu Kebun






0 comments: