Friday, 5 April 2019
Cikgu Kebun : Cara Tanam Daun Sup Gemok "Giant"
Daun Sup
Kebanyakkn Kaum Hawa minat dengan daun sup ini, mmg aura Daun Sup sgtla kuat..hehe..
apa taknya selepas CK Post dalam Satu Group Pertanian di Facebook , sgt la ramai yg comment dan Like... rasa CK 7 ribu Like jugak Post tu..apa taknya, semua komen geram tengok daun sup yg CK tanam jadi Gemok dan "Giant"...hehe..
Jadi dalam Post nie CK nk share mcm mana teknik nk tanam daun sup nie dari A-Z... kalau tuan2 dan Puan2 follow betul2..insya allah..berjaya tanam dan dpt jadi besar mcm ck..tp kena betuk2 ikut SOP nie tau..hehe.. Jom Belajar dgn CK...
![]() |
7 K Like Post Daun SUP nie... |
7 Teknik Tanam Daun Sup yg perlu anda tahu....
SOP cikgu Kebun (CK)
1. CIRI-CIRI PERTUMBUHAN POKOK SUP YANG BAIK :
PEMILIHAN BIJI BENIH
MEDIUM / BAHAN SEMAIAN
TEKNIK MENYEMAI BENIH & PEMINDAHAN
BAJA
CARA PENJAGAAN
KADAR SIRAMAN
KAWALAN SERANGGA
1.PEMILIHAN BIJI BENIH :
Pemilihan biji benih amat penting pada peringkat awal penyemaian.Kebiasaannya CK akan menggunakan biji benih green world sebagai pilihan .Ini adalah kerana peratus pertumbuhan biji benih jenama ini cukup tinggi dan mudah dicari di kedai-kedai pertanian.Ada lagi Jenama lain, tp CK biasa guna yg nie la.... contoh nama lain seperti Benih Ria Organik..
2.MEDIUM / BAHAN SEMAIAN
Terdapat 2 Kaedah Semaian Biji Benih Daun Sup ini, kedua2 teknik ini ck sudah berjaya tumbuhkan daun sup ini, CK faham semaian daun sup bukan la perkara yang mudah...dengan perkongsian teknik ini yang mana peratus hidup sgt tinggi...so cubala..jgn putus asa..hee
Kaedah Span
Jadi kena la ada tray semai ni, boleh beli di kedai2 pertanian...
Tray Semaian/ Tapak Semai
Ini adalah bahan kedua
yang perlu ada dalam proses menyemai biji benih. Kebiasaannya CK akan
menggunakan tapak semai yang mempunyai saiz yang agak kecil sedikit daripada
tapak semai di atas.Ia juga mudah didapati dan dibeli di kedai Pertanian.
Liquid Organic Fertilizer ( LOF) adalah baja organik yang dirumus untuk sistem Fertigasi,Konvensional,Aquaponik dan Hidroponik. Produk ini Hasil Keluaran Cikgu Kebun Organic Solution.. Ada Certificate LAB tau..hehe ...Untuk peringkat penyemaian
biji benih ini,saya telah memilih kaedah hidroponik sebagai pilihan.
Nota : Hidroponik ini adalah kaedah takungkan air dan baja dalam satu bekas tanpa menggunakan tanah.
3. TEKNIK MENYEMAI
Oleh sebab teknik hidroponik adalah teknik
yang CK pilih dalam proses penyemaian biji benih, langkah awal yang ck perlu lakukan adalah dengan memotong span akuarium mengikut saiz petak-petak
tapak semaian.Ia perlu dilakukan dengan hati-hati supaya tiada ruang udara yang
terdedah bagi mengelakkan pembiakan jentik- jentik semasa proses penyemaian
biji benih berlaku.
Setelah selesai
proses pemotongan span
akuarium,masukkan span ke
dalam tapak semai
dengan berhati-hati.Langkah seterusnya adalah
dengan mengambil secubit
benih sup dan
letakkan benih berkenaan seperti yang terdapat dalam gambar.
Peringkat seterusnya
adalah dengan menakungkan
tapak semai yang
mengandungi air baja
lof pada bekas/tray yang sama
saiz agar air baja dapat menyerap pada biji benih.Pada peringkat ini,teknik
hidroponik berlaku dan perlu membuat penambahan air baja sekiranya air baja
kurang atau tidak melepasi span.
Letakkan tapak
semai pada tempat
teduh/ tempat selamat
dari hujan dengan
tujuan
mempercepatkan petumbuhan benih sup dan mengelakkan pencairan air
baja.
Benih yang berkualiti
akan mula bercambah lebih kurang 2 minggu.Pada peringkat ini,letakkan tapak
semai pada cahaya matahari sebelah pagi.
Satu lagi Kaedah adalah semaian di dalam medium Peatmoss
Kaedah Peatmoss
Peatmoss adalah tanah semai yg terbaik, peratus hidup sgt tinggi, jika suka dengan kaedah Span hidroponik tadi boleh cuba, dan ini pula kaedah ada tanah...haaa...xjadi lagi xtahu la..ck dah share 2 kaedah semai dah ni..hehe..
Guna Pasu or Bekas apa pun, CK guna bekas petak nie...warna hitam, isikan peatmoss dan taburkan biji benih , jgn tutup biji benih tu dengan peatmoss..biar ja diatas..lagi satu bekas tu jgn xtebuk plak..mst la kena tebuk bawahny..kang berenang semua biji benih tu,,hee...nie buka kaedah hidroponik. Lepas 2-3 Minggu akan bercambah... so ready nk buat penjarangan la...pindahkan anak pokok..kang kurus plak.. haaa...lagi satu jgn lupa buat semburan serangga perosak...ck guna Bio Control.. Organik 100%..
Buat la semburan 1 minggu 2 kali, xda la pokok sup nnti tinggal batang ..daun hilang..hee..
Produk nie ada Certificate LAB jugak..So bebas dari kimia.. xrisau la nk guna..
Pemindahan, anak benih ni wajib buat tau..kalau x pokok akan kurus ja...jgn tanya CK kenapa xjadi "Giant".
Pokok sup akan lebih stabil dalam lingkungan 1
bulan dari tarikh penyemaian dan sedia untuk dipindahkan ke tempat yang kekal. Dalam waktu semaian nie.
CK pindahkan dalam penapis....
Teknik Hidroponik Organik dalam penapis gunakan baja LOF(Liquid Organic Fertilizer)
Langkah seterusnya
adalah dengan menarik anak pokok yang stabil secara perlahan-perlahan dan
berhati-hati dari span agar
anak pokok tidak
terpisah dari akar.Pada
peringkat ini CK jadikan sabut hancur
yang telah dibasahkan sebagai medium di dalam penapis
berkenaan.Manakala pada bahagian bawah penapis tersebut ck telah menggunakan
tong cat terpakai sebagai tempat takungan air baja lof.
Perlu dipatuhi,pada
peringkat ini penapis
yang berisi anak
pokok perlu didedahkan
dengan cahaya matahari dengan purata 50% : 50%.Manakala di
tengah-tengah penapis ditebuk agar dapat dimasukkan span akuarium yang
dijadikan sumbu bagi menyedut air baja di dalam tong cat. Pastikan air baja
melepasi penapis dan sabut. Air baja perlu ditambah dari semasa kesemasa
sekiranya berkurangan sehinggalah pokok membesar.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment