Friday, 12 April 2019

Cara Tanam Sayur Sawi Emas





SAYUR SAWI EMAS (Chinese Cabbage)


Hai semua, saya CK...cikgu kebun, hari ini ck ajar mcm mana tanam sayur jenis berdaun, Sawi Emas.. Sawi nie ada banyak jenis..salah satu sawi yg cantik dan sedap pilihan ck adalah sawi emas... sawi nie boleh dimakan "Fresh" buat ulam la cicah budu..hehe..

Nk tengok ka sawi emas tu...haaa..nie dia.



Cun kan sawi emas nie...tuan yg pegang lagi cun..hehe...

Ok hari nie ck nk kongsi mcm mana nk tanam sawi emas nie, atas tanah dan dalam pasu. Ok jom kita belajar.


9 Teknik Yang Perlu Anda Tahu Untuk Berjaya Tanam Sayur

1.  Lokasi Tanaman
2.  Pemilihan Biji Benih Sayuran
3.  Semaian Biji Benih
4.  Kadar Siraman Air
5.  Penjarangan @ Jarak
6.  Pilihan Baja
7.  Kawalan Serangga & Kulat Organik
8.  Media Tanaman @ Tanah
9.  Foliar @ Vitamin Tanaman


Lokasi Tanaman

Lokasi nie , maksud di mana kita nk letak sayuran kita, ini adalah tips terbaik untuk anda letak di
Lokasi pada tempat yang ada cahaya matahari
8 pagi hingga 1 tghari. Sebabnya proses fotosintesis apabila kena cahaya matahari awal pagi akan mempercepatkan proses pertumbuhan.


Pemilihan Biji Benih Sayuran

Nk pilih biji benih yg peratus tumbuh tinggi mmg susah, dan susah nk jumpa biji benih sawi emas ini, Biji benih yang terbaik adalah Jenama Green World. Peratus Tumbuh tinggi.

Inilah biji benih sawi emas yang ck tanam….



Semaian Biji Benih

Semai biji benih boleh menggunakan bakul atau tray semai, medium/tanah semaian ck menggukan Tanah Peatmoss boleh di Tabur Terus 1 Peket Benih Untuk Keluasan
2 Kaki (L) x 5 Kaki (P)
@
2 -3  Biji Sepasu

Tanah Peatmoss


Medium/ Tanah Tanaman

Tanah yg baik hendaklah di campur bersama

Sabut kelapa (cocopeat) 50 %
Tanah 25 %
Pasir  10%
Sekam Bakar 10%
Tinja Haiwan @ Organik 5% . Boleh Guna Bio NPK Green Cikgu Kebun

semua medium or bahan di atas perlu di jaul hingga sebati...sebelum di pindahkan anak pokok atau tanam pokok.

sembur atau siram Soil Treatment bagi merawat tanah..ST nie akan mengemburkan tanah kita , bagi akan senang mendapakan baja.. Buat siraman ST nie seminggu sekali...5 ml untuk 1.5L air tanpa klorin...




Ok benih terus tabur di atas peatmoss, dalam masa 2-3 hari benih sudah mula bercambah seperti di dalam gambar...


Masa ini pastikan medium tanah sentiasa lembab dan bagi cahaya tingkap kepada pucuk sayuran ini.


Letak kan bekas takungan air jika tidak sempat siram setiap hari. Didalam bekas takungan air nie ck dah letak baja organik cecair siap2...


sudah nampak daun, masa nie dah kena bagi cahaya yang 70% nnti daun akan jadi kuning.


Jika tabur terus ke tanah medium yg kita campur di atas, benih akan tumbuh seperti ini, kalau tengok mmg nmpk rapatkan, jadi mmg kena buat penjarangan nnti.


Bila kita tengok daun ini, kebanyak kan biji benih akan keluar daun pengasuh ini, ck panggil daun LOVE...daun nie bukan daun sebenar pokok sayur. Tapi daun ini bertujuan utk bagi makan kepada pokok sebelum akar dapat mencari makanan di dalam tanah.


Ok masa nie dalam 5-7 hari kita akan nampak daun sebenar keluar dari tengah2 pucuk tu...jadi kita akan tahu akar pokok kita dah mula bergerak dengan tumbuhnya pucuk sebenar.




Kadar Siraman Air

Penyiraman boleh dilakukan secara manual atau automatic, jika menggunkan manual boleh mengunakan tong penyiram. Dalam Teknologi sekarang kita boleh mengunakan system fertigasi ada bnyk kaedah fertigasi ini, boleh menggunakan Pump atau timer di pili paip( boleh tengok dalam blog nie, ck ajar berkenaan timer pili paip).

Secara manual penyiram seperti di bawah..
4Liter  Untuk Keluasan
2 Kaki (L) x 5 Kaki (P)
@
250ml -500ml sepasu
Guna “Watering Can”



Penjarangan @ Jarak

Penjarangan adalah factor terpenting bagi mendapat sayur yang gemok dan besar, jadi setiap kali kursus or kelas, teknik penjarangan ini mmg ck kan menitik beratkan, cara nk buat penjarangan sila lihat gambar di bawah.

Buat Penjarangan @ Jarak Tanaman Selepas 1 Minggu Benih Di Tabur 1 Jengkal Sepokok
Pokok akan tumbuh rapat seperti ini...jadi perlu di jarakkn...




Korek sepokok anak pokok yang bercambah tu...guna seranpang tangan nie, korek sekali tanah dan akar pindahkan bagi ada jarak di antara satu pokok ke satu pokok..


Jarak seperti ini ya....lebih kurang 6 inci sepokok


paling senang guna jengkal...sejengkal antara pucuk ke pucuk..jari dewasa lelaki..jgn sejengkal baby...hehe..


agak2 kereta boleh lalu la..hehe..


Pindah dalam pasu..masuk ja dulu 5 pokok..sebab kita xtahu yg mana akan hidup..bila dah hidup biar sepokok sahaja sepasu...


letak atas sikit xda la kucing kacau..or senang belalang makan kalau di bawah.


semasa proses ini, penjagaan seperti kawalan serangga mst kerap di lakukan...seminggu 2 kali pun xapa... sebab organik





ya....dah mula nmpk seperti di Camron Highland..hehe


Pilihan Baja

Guna Baja Cecair dan serbuk...CK menggunakan produk baja Cikgu Kebun Organic Solutions...

Siram Baja LOF(Liquid Organik Fertilizer) 

Buat siraman setiap hari atau seminggu 3 kali...kalau nk sayur cepat besar buat la hari2...baja nie Pati Pekat ada 250ml, 500ml dan 1 Liter..bancuhan 15ml untuk 1.5L tanpa klorin (botol mineral Besar)..bancuh siram pada waktu pagi...


Lepas tu tabur sahaja Bio NPK green nie setiap 1 minggu sekali or 2 kali , sepasu/ sepokok segengam @ 20g...atau tabur 200g utk plot saiz 2 ft x 5 ft. Baja nie organik..so jgn risau kalau nk pegang..bukan buat dari taik..semunya dari batuan..

Foliar @ Vitamin Tanaman


Buat Semburan Plant Booster Organik Vitamin Perangsang Pertumbuhan 2 Kali Seminggu...


Selepas semua proses penjaagaan di atas di lakukan jadi kita akan nmpk proses pertumbuhan mcm nie...seronok sgt....



Tuai masa nie..mmg sedap buat ulam...cicah sambal belacan or cili tumbuk.



Ini Produk Lengkap ada 3 Saiz..Boleh Cuba



Jika nk Set Promo nie..lagi murah...boleh dpt pada agen2 dan ck sendiri...



Terima Kasih Semua
jgn Lupa subscribers Youtube Cikgu Kebu

FB : Cikgu Kebun Fun Page
IG/Tw  : Cikgu_Kebun
WS ck : 01110578841



1 comment: